Tuesday, 25 October 2016

KANG GARY (Kang Hee-gun) TINGGALKAN RUNNING MAN!!!!


KANG HEE-GUN atau lebih di kenali dengan nama pentas nya "GARY" bakal meninggalkan team Running Man penghujung Oktober ini. Keputusan yang di ambil oleh Gary ini amat mengjutkan semua peminat setia yang mengikuti siri Running Man sejak 2010 lagi. 

Apapun, keputusan yang di ambil oleh beliau ini amat sukar sebenarnya. Sebelum pihak pengurusan Gary membuat kenyataan media secara rasmi, Gary sendiri telah berbincang dan meneliti semua aspek sebelum menamatkan "Monday Couple" dalam siri Running Man. 

"Sejak dari awal tahun ini lagi Beliau telah memberitahu pada pihak produksi mengenai hasrat nya untuk bersara. Ini kerana beliau ingin memberi fokus sepenuhnya dalam bidang muzik selaian daripada menyambung pengajinnya"


"Walaupun sudah di pujuk oleh rakan-rakan Running Man serta pihak produksi, mereka terpaksa akur dengan keputusan beliau yang tetap mahu bersara dari siri Running Man. Menurut pihak SBS, penggambaran terakhir Gary pada 31 Oktober 2016 dan siri ini tetap akan di teruskan dengan 6 ahli yang lain tanpa Gary."


#RECAP
Running Man merupakan program realiti terbitan SBS sejak 2010. Program yang mencetus FENOMENA seluruh dunia ini cukup memberi impak yang besar kepada dunia entertainment Korea sehingga mempunyai peminat yang luar biasa dan ianya masih bertahan sehingga sekarang. 



Bintang asal Running Man seramai 8 orang. Setalah hampir setahun Song Joong Ki (Joong Ki) meninggal kan siri tersebut. Maka tinggal 7 ahli  sehingga 2016 ( Jae Suk, Suk Jin. Ji Hyo, Haha, Jong Kuk, Kwang Soo & Gary).






Bermula November, Running Man hanya akan beraksi bersama 6 ahli tanpa kelibat Gary. maka tiada juga lah "Moday Couple" dalam realiti show ini lagi.

No comments:

Post a Comment