WANG JACKSON merupakan ahli bagi group terkenal di Korea, GOT7. Posisi sebagai rapper di dalam kumpulan tersebut cukup mengasyikkan. Jacjson juga memiliki rupa paras & bentuk badan yang cukup solid dan persona.
Si Kacak yang dilahirkan pada 28 March 1994 di Hong Kong ini sebenarnya mempunyai perwatakan yang menarik dan serba boleh. Sekiranya kalian mengikuti realiti program "ROOMMATE", terlihat pelbagai gelagat dan aksi spontan beliau ini. Jackson lebih suka menjadi dirinya sendiri kerana bagi beliau, lebih senang untuk orang menyesuaikan diri dengannya dan lebih cepat mesra.
Sebelum beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke Korea, beliau merupakan seorang atlet kebangsaan Hong Kong dalam acara SABRE FENCER. Ia turut berjaya menempatkan namanya di dalam ranking ke-11 dalam SUMMER YOUTH OLYMPIC 2010 & JUARA bagi ASIAN JUNIOR & CADET FENCING CHAMPIONSHIP 2011.
PADA JULAI 2011 Jackson mengambil keputusan untuk berhijrah ke Korea dan menyertai latihan di bawah JYP Entertainment. Setelah 2 tahun, akhirnya Jackson di pilih bagi menganggotai kumpulan GOT7. Secara rasminya, GOT7 mula di perkenalkan pada 14 Januari 2014 dengan 7 ahli yang masih kekal sehingga kini.
Bermula dari ketika itu, Jackson mula mengejar impian nya untuk berjaya dalam dunia seni sehingga lah beliau kini sudah cukup di kenali di seluruh dunia bersama kumpulannya.
Jackson turu aktif dalam pelbagai program tv antaranya, Roommate, Law Of Jungle, Radio Star, Go Fridge, Dream Knight, Hitmaker, Star King, A Look At My Self, Real Man, Fresh Sunday, Weekly Idol, Fighting Man & etc.
Semoga Jackson lebih succes lagi dalam kariernya selepas ini dan tidak lupa diri dan asal usulnya. Mesti sentiasa ingat yang kejayaan yang ada pada beliau sekarang atas usaha beliau dan juga peminat-peminat serta orang sekeliling beliau. GOOD LUCK WANG JACKSON.
No comments:
Post a Comment